hey ! itu aku !

My photo
i'm not a beauty queen. i'm just beautiful me.

Friday, August 5, 2011

...kisah dongeng f6p4...

   alkisah bermula apabila seorang budak berumur 11 tahun terbangun dari tidurnya yang indah itu dek satu jeritan yang mampu menggegarkan gegendang telinganya. jeritan yang serendah 3.5Hz itu datangnya dari bonda tercinta,puan Hajar baizura. augustus yang terdengar laungan awan yang terpilu itu pun segera bangun sebelum ibunya mendendangkan lagu di mana di mana pula. tanpa sempat bersarapan dia bergegas ke sekolah menaiki fixie kesayangannya. dengan kelajuan 110km/h , dia ditahan oleh polis. polis yang bernama INSP. Zaki Makise itu pun meminta ic dan lesen augustus. augustus kenal benar dengan polis itu kerana polis itu adalah abang saudaranya. bagi mengelakkn disaman, dia menghulurkn sedikit duit kepada INSP. Zaki. Zaki dengan muka tidak berperasaannya mengabaikan tawaran hebat augustus. dia segera mengeluarkan surat saman lalu diserahkan kepada augustus. augustus yang hampa itu pun membebel seorang diri lalu meneruskan perjalanannya.
   sedang dia mengayuh sambil menyanyi lagu 'zombie' ,dia ternampak seekor ular yang panjangnya 70km. dia cuba berinteraksi dengan ular itu dalam bahasa parseltounge tetapi gagal kerana dia tidak senpat mempelajari bahasa itu di sekolah. tiba-tiba muncul Hairi Potter menyelamatkannya dari makhluk jahat itu. Hairi Potter mengeluarkan tongkat saktinya lalu menyebut "laviosa!". ular itu terangkat ke udara dan Hairi mencampakkannya ke kutub utara. beruang di kutub utara pun terperanjat dengan kehadiran ular gergasi itu. ular itu mati kesejukan kerana dia terlupa membawa sweater sebelum bertarung dengan Hairi Potter yang hebat itu. augustus mengucapkn terima kasih kepada Hairi Potter. Hairi Potter dengan berlagaknya berkata "sedangkan voldermort pun aku bisa kalahkan ini lagi ular sebesar cacing itu". augustus yang malas melayan Hairi Potter pun blah.
   perjalannanye terhenti apabila melihat segerombolan makcik sedang bergossip. dia kenal bennar dengan makcik makcik itu kerana semua itu kawan bondanya. makcik makcik itu bernama Marsuani, Asmida dan Azwanis. dia menegur makcik makcik itu. makcik makcik itu pun menegur dia dalam loghat kelantan dan terengganu. dia langsung tidak faham apa yang dikatakan oleh mereka lalu meneruskan perjalanannya. sepanjang perjalanan, dia teringat tentang seorang awek cun yang bernama dayah si comel. dia amat meminati dayah dan hari ini dia akan meluahkan rasa cintanya kepada dayah dan memberikan sejambak bunga raya. sedang dia mengelamun, dia ditahan oleh seorang budak perempuan. budak perenpuan itu sangat meminati augustus. dia sengaja menunggu augustus lalu di situ untuk berkenalan denga augustus. budak perempuan itu pun memperkenalkan diri "namaku nur hidayah". augustus sangat terperanjat lalu melompat. "mana mungkin kau hidayah. hidayah yang aku kenali sangat comel!". hidayah pun membalas "mungkin itu hidayah lain, bapakku abdullah. dan aku amat meninatimu. sudikah engkau menerima cintaku?". augustus pun menjawab "cintaku milik dayah yang comel itu. mana mungkin aku berpaling tadah". hidayah yang kecewa mendengar jawapan augustus itu terus naik angin dan mengamuk. hidayah satu lagi pun menjelma bersama dayangya yang bernama ainun cantik. mereka pun bergaduh. setelah lebih 5jam 70 saat bergaduh, baru mereka sedari yang mereka adalah sahabat baik semasa di matrik dulu. mereka pun berdamai dan tidak mengendahkan augustus. augustus sempat bermain mata dengan ainun cantik kerana terpukau kecantikan yang dimiliki ainun lalu menyerahkan sejambak bunga raya kepada ainun. ainun pun menerima bunga itu dengan senyuman terukir di bibir. 
   sampai sahaja di sekolah, augustus disoalsiasat oleh guru kelasnya yang bernama cik ayu. dia pun memberika seribu satu alasan dan menceritakan peristiwa di sepanjang perjalanannya menuju ke sekolah. cik ayu yang hilang sabar membawa augustus ke pejabat pengetua. pengetua adi mengenakan hukuman berat mengikut seksyen 18 shah alam ke atas augustus. augustus menerima hukuman itu dengan reda. dia tahu ada hikmah disebaliknya. pada waktu rehat dia pergi ke kantin dengan muka seposennye itu. makcik seha yang menjual karipap di kantin kasihan melihat muka augustus lalu memberikan karipap free kepada augustus. rakan rakan augustus berasa sangat jeles melihat augustus mendapat karipap free. mad datang kepada augustus lalu mengambil karipap itu lalu makan kerana dia sudah bosan makan tempe hari hari. augustus pun berang lalu menunbuk muka mad. mad adalah gangster sekolah. kuncu kuncu nye yang lain pun datang membela nasib ketua mereka. helmy yang mempelajari seni mempertahankan diri di sekolah lalu mempraktikkan apa yang dipelajarinya. dia membelasah augustus sehingga kaki augustus patah. firdaus yang kebetulan lalu disitu menyelamatkan augustus dari cengkaman kuasa jahat itu. firdaus fire rambut landak helmy lalu helmy menyangis. sebelum berlalu pergi mengadu kepada aweknya, dia sempat bekata "hell is my". cikgu rahim yang sedang on9 di biliknya terbau asap bimbang komputernye terbakar lalu mencurahkan air ke komputernya.
   begitulah kisah dongeng f6p4. :)
dalam kenangan(:

4 comments:

  1. Dasyat lah kisah ni Dayah...by the way thanx aww... sgt kreatif...

    ReplyDelete
  2. its really great dayah!!!!! the only sadness moment is im not there with u all u celebrate this greatest moment together!!!!! i really miss u all from the 1st time im with u all...... MAY GOD ALWAYS BLESS ALL OF U...... u all always in my small heart FOREVER... even im x there with all of u..... <3

    ReplyDelete
  3. eno,,dun be sad oke..ktowg slalu egt ko..i'm also miss the moment wif u,sheera,bayah n oll ex-f6p4 student yg ciut miut 2..hehe..n nntikn smbgn cite ni okeyh..hehe:)

    ReplyDelete