hey ! itu aku !

My photo
i'm not a beauty queen. i'm just beautiful me.

Saturday, January 28, 2012

UMUR SUDAH BARU

ASSAMUALAIKUM..

hai guys ! arini dayah nk cite psal 1 artikel kt majalah REMAJA ni. best taw artikel ni. kowg bce la. :)

***

Kali ini kita berbicara berkenaan umur dan sisi pandang kita ialah terhadap umur. Bagaimana persepsi remaja sekarang berkenaan usia mereka yang masih setahun jagung kononnya? Belum puas enjoy? Masih banyak masa?

BARU ATAU SUDAH
     Rata-rata remaja terutamanya belasan tahun dan awal 20-an memandang usia mereka 'muda'. Apabila dibicarakan akan tanggungjawab, kematangan, keseriusan dalam hidup, maka akan terkeluarlah jawapan2 seperti berikut, "baru 18 tahun la" atau "aku baru je 20 tahun".
     Terasa muda kan? Baru. seakan-akan ada banyak masa lagi umtuk dibazirkan. Tetapi siapakah remaja pada usia mudanya 18 tahun berkata " aku sudah 18 tahun, Usamah bin Zaid RA telah menjadi Jeneral Perang ketika ini. Aku? Pada umurnya 21 tahun, "aku sudah 21 tahun, Muhammad Al-Fateh tawan Konstinopel pada umur ini. Aku perlu buat sesuatu.
     Terasa tua. Terasa kematangan itu sepatutnya lebih daripada apa yang telah diusahakan. Terasa sepatutnya dirinya lebih berusaha keras dan tegas bukan bermain-main dengan dirinya.
     Dimanakah kita? "Baru" atau "Sudah"? sama-samalah muhasabah :)

VIRUS YANG MELEKAT PADA REMAJA.
     Virus kefahaman yang menyatakan bahawa masa muda adalah waktu libur bagi insan, memang telah menyerap masuk kedalam jiwa remaja. Maka lihatlah bahawa umur mudanya, saya pun tidak pasti setakat mana muda itu hendak dihitung adalah untuk dihabiskan dalam keseronokan.
     Akhirnya terhasillah pemberontakan apabila diajak serius untuk menghadapi kehidupan muncillah rasa benci apabila diajak untuk matang dalam memikirkan permasalaham ummat, dan melarikan diri apabila diajak untuk mengikuti proses mengislah diri dan masyarakat.
     "Aku baru 19 tahun lah"
     "Aku baru 21 tahun"
     Kita rasa muda. Masih banyak masa. Bukan waktunya bersusah payah. Bukan masanya berpenat lelah. Bukan tikanya membanting tulang. Bukan saatnya memerah otak berfikir tentang umat. Belum sampai masanya untuk serius. Belum tiba waktunya untuk matang.
     Kita masih ingin bermain-main. Melalui hidup sebagai remaja.

GENERASI LALU BUKAN BEGITU.
     Tetapi tidak untuk Abdullah ibn Umar RA, Zaid bin Thabit RA, Usamah bin Zaid RA, Muadz Muawwidz RA. Tidak untik Salahuddin al-Ayubi, tidak untuk Muhammad al-Fateh dan tidak juga untuk Muhammad al-Qasim. Mereka ini adalah yang kala remajanya tidak dibazirkan dengan perkara yang sia-sia.
     Mereka tidak merasakan mereka 'baru' berusia sekian-sekian atau merasakan ada banyak waktu untuk dihabiskan dan disia-siakan. Tidak, mereka adalah yang merasa bahawa mereka 'sudah' berumur sekian-sekian dan merasakan waktu semakin sedikit buat mereka. Mereka perlu membuat sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka.
     Kerana itu mereka berkualiti. Mampu melakukan sesuatu yang besar saat kepemudaan mereka. Menjadi individu penting dalam sejarah dunia, sekaligus menjadi yang terjamin diakhirat sana!
     Hari tua itu, mungkin tidak menjengah. Kalau menjengah pun,apakah kita berkualiti?
     "Nanti tua lah baru fikir semua benda ni."
     "Nanti bila dah besar sikit lah baru serius sikit."
Bagaimana kalau hari tua itu tidak datang? Maksudnya mati sebelum sempat merasa tua.

     Bagaimana ya kalau masa muda kita bermain-main, adakah masa tua nanti kita mampu menjadi satu peribadi yang berkualiti? Sekiranya masa muda kita penuh dengan liburan, adakah masa tua nanti kita akan menjadi seorang yang mempunyai kekuatan? Saya bukan kata mustahil tetapi saya tidak lihat ramai yang mampu menjadi sedemikian. Sebab? Sebab masa mudanya dihabiskan dengan membina 'dasar kelemahan' yang mana dasar ini tidak mampu dijadikan tapak pembinaan yang berkualiti.

Jadi, di manakah kita? Sudah atau Baru? MARI MENJADI REMAJA YANG BERMAKNA ! YANG BERGUNA PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. :)

sekian.. ^^

No comments:

Post a Comment