Once upon a time
Seorang puteri telah lahir ke dunia
Pada 14 Julai 1992, 9.05 a.m
Maka bermulalah sebuah kehidupan seorang puteri yang bernama
Nur Hidayah
Hari demi hari,
Puteri tersebut telah membesar dengan comel dan montelnya
Kerana puteri terlalu suka makan buah oren
Setiap rakyat jelata amat menyayangi puteri tersebut
Hampir setiap hari puteri itu akan mendapat hadiah daripada rakyat jelata
Ada sahaja anak patung yang beliau dapat
Dari doraemon, maskot KFC ke Barbie
Semuanya puteri dapat
Akan tetapi, bermain anak patung sahaja tidak cukup untuk membuatnya gembira
Ada ketikanya beliau akan pergi bermain di istana Putera
Rifdee
Mereka bagaikan belangkas
Ke mana sahaja sang putera pergi pasti ada sang puteri
Mereka tidak boleh dipisahkan
Sehingga kan pada satu hari,
Raja Nawi telah datang ke istana Raja Hairi untuk mengambil Puteri Hidayah sebagai anak angkat
Raja Hairi tidak setuju kerana baginda sangat menyayanyi puterinya
Lalu Raja Hairi mangambil keputusan untuk keluar dari negeri
tersebut
Maka terpisahlah dua hati yang saling mengasihi
Puas puteri merajuk dengan ayahandanya
tetapi ayahanda tetap tidak memperdulikannya
Akan tetapi, hubungan mereka tidak terputus di situ
Setiap hari sang puteri pasti akan menelefon sang putera
Jika mengutus surat takut burung tersesat jalan
Ingin skype, internet masih belum wujud
Ber’facebook’ apatah lagi
Puteri mula berasa bosan kerana tiada kawan sepermainan
Lalu puteri pun berkawan dengan rakyat jelata
Kawan rapat puteri, iaitu Syuhada sangat alim orangnya
Itu sahajalah teman puteri sejak berjauhan dengan puteranya
Bulan demi bulan, tahun demi tahun
Puteri pun telah dewasa
Pada suatu hari,
Putera telah datang mencari puteri yang dirinduinya selama
ini
Alangkah terkejutnya Putera Rifdee dengan kecantikan sang
puteri
Lalu putera mengambil keputusan untuk meninggalkan puteri
kerana kecantikannya
Puteri berasa sangat bersedih hati
Mengapa putera berbuat demikian padanya?
Rupa-rupanya putera berasa malu kerana dirinya tidak padan
dengan sang puteri
Puteri sangat terkilan dengan perbuatan putera
Penantiannya hanya sia-sia
Puteri berazam untuk mencari putera yang jauh lebik kacak
dari putera Rifdee
THE END
P/s : inilah satu-satunya fairy tale yg sad ending. Terima kasih
kerana membaca ! J
comelnye puteri 2. sy sayang puteri 2 sangat2
ReplyDelete